AWAS MEMILIH AGEN!
Elakkan masalah! Pilih agen yang......
- Memaparkan gambarnya dalam blog atau laman web
- Memaparkan alamat pejabat yang lengkap dan mudah dicari, supaya tak tertipu
- Mudah untuk ditemui sebelum dan selepas nikah (bukan kena tunggu sampai agen balik dari Siam)
- Mempunyai surat izin dari Majlis Agama Islam Songkhla, sebagai bukti agen yang sah
- Menggunakan Pemandu rakyat Thai, supaya mudah mendapat kereta ganti (dari keluarga atau rakan) kalau kereta rosak, dan mudah berurusan di MAIS (sebab sama kaum)
KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Berhati-hati dengan agen berikut
- Agen ini menjanjikan akan mendapatkan surat nikah (dan kad nikah) di Malaysia. Ini tidak mungkin! Pejabat Agama di Malaysia TIDAK AKAN mengeluarkan surat nikah. Mereka cuma akan mengeluarkan SURAT PENGESAHAN NIKAH. Surat nikah cuma dikeluarkan oleh Pejabat Agama tempat nikah berlangsung.
Semestinya agen ini bekerjasama dengan sindiket di Malaysia yang mengeluarkan surat nikah palsu!
- Agen yang sama juga mengaku telah melantik beberapa Panel Hakim dan Peguam Syarie di setiap Negeri bagi khidmat memudahkan urusan pendaftaran perkahwinan luar negara. Ini juga tidak mungkin!!
Pertama, bukan hakim yang memilih kes yang akan dikendalikannya, tetapi Pejabat Pendaftar Mahkamah yang menentukan. Permohonan pendaftaran difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah. Kemudian, pegawai di Pejabat Pendaftar Mahkamah menetapkan tarikh dan hakim untuk kes itu dibicarakan. Hakim tidak memilih kes yang akan dikendalikan olehnya!
Kedua, benarkah agen nikah di Siam boleh melantik hakim untuk menjadi ahli panel yang mereka tubuhkan?? Adakah logik??
Tidak wajar berurusan dengan agen ini!!
Dokumen Penting Dari Thailand
Bagi rakyat Malaysia, Nikah di Thailand tak lengkap selagi tak dapat dokumen berikut:
- Surat nikah dari Pejabat Agama yang diiktiraf oleh JAKIM
- Surat pengesahan nikah dari Pejabat Agama yang diiktiraf oleh JAKIM
- Surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla
Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia adalah dokumen paling penting dari Thailand.
Dokumen ini akan diperlukan jika disoal oleh Pegawai Pencegah Maksiat (surat nikah saja tak cukup) dan untuk pendaftaran nikah di Pejabat Agama di Malaysia.
Sebagai bukti bahawa surat Konsulat akan diperlukan, lihat laman web Jabatan Agama berikut:
Jangan berurusan dengan agen yang kata surat Konsulat tak penting!
PERHATIAN:
Surat Konsulat hanya boleh dipohon sebelum 12pm pada hari bekerja dan dikeluarkan di sebelah petang sehari selepas permohonan dibuat. Hanya pasangan sendiri saja yang boleh mengambil surat Konsulat dari kaunter di Konsulat Malaysia di Songkhla.
Konsulat ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti am Malaysia dan Thailand.
Ambilkira fakta ini dalam merancang perjalanan ke Siam.
Klik untuk CARA MEMOHON SURAT KONSULAT
Dokumen yang perlu dibawa
- Sediakan kad pengenalan, pasport (masih ada tempoh sah sekurang2nya 6 bulan) atau pas sempadan (bagi penduduk Kedah, Perlis, Kelantan dan Utara Perak sahaja - Hulu Perak, Selama dan Krian).
- Sekiranya berkahwin dengan rakyat negara selain negara ASEAN, semak dulu dengan kedutaan Thailand samada mereka perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Thailand sebelum pergi ke Thailand.
- Sekiranya ada hutang PTPTN, MARA dll yang tertunggak, Semak status sekatan imigresen.
- Sekiranya akan nikah di Pejabat Agama Islam Satun, bawa gambar berukuran pasport.
- Bagi janda/balu, bawa surat cerai/surat kematian suami yang asal
- Bawa kamera atau handphone yang ada fungsi videocam yang jelas. Videocam ini akan digunakan untuk merakamkan akad nikah, untuk tatapan hakim mahkamah syariah waktu pengesahan nikah di Malaysia nanti. Atas sebab-sebab keselamatan, kamera/fon harus disediakan oleh pasangan sendiri. Lagi pun, kalau kami menggunakan kamera kami untuk merakam akad nikah, kemudian kami berikan CD kepada pasangan, bagaimana untuk menunjukkan kandungan CD itu kepada hakim! Berbeza dari kamera atau fon yang boleh diserahkan kepada hakim supaya dia boleh menonton video akad nikah itu!
Perjalanan
Pakej Sehari
Pakej ini boleh diambil pada hari apa pun, tak perlu hari bekerja.
- Pergi ke Bukit Kayu Hitam, untuk tiba di sana paling lewat pukul 12:30 tengahari waktu Malaysia atau kami ambil dari airport Hat Yai atau hotel di Hat Yai paling lewat pukul 1:30pm waktu Thailand.
- Dari sana, kami akan bawa terus ke Pejabat Agama Islam Songkhla untuk nikah.
- Selepas nikah, kami akan hantar ke airport Hat Yai atau Bukit Kayu Hitam untuk perjalanan balik.
- Surat-surat nikah, termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, akan dihantar melalui pos laju apabila siap nanti. Atau ambil dari pejabat saya di Subang Jaya.
- Pakej ini tidak disediakan dengan hotel.
- Pakej ini agak popular di kalangan pasangan yang nikah poligami.
Sebahagian surat yang bakal diambil oleh
pasangan yang memilih Pakej Sehari
- Harga Pakej Sehari ialah RM1,900. Sekali imbas, nampak mahal. Tapi, kalau dikira nilai setiap hari cuti, harga ini paling rendah. Pengiraannya begini:
Kebanyakan pekerja pejabat akan bekerja 22 hari sebulan (tolak hujung minggu dan hari cuti am). Kalau gaji ialah RM2,200 sebulan, maka nilai setiap hari cuti ialah RM2,200/22 hari = RM100 sehari seorang, atau RM200 sehari untuk berdua.
Kalau ambil cuti dua hari, maka nilainya ialah RM400. Kalau kita tolak "penjimatan RM400" ini dari harga pakej, tinggal cuma RM1,500. Murah!!
Pakej Dua Hari Bekerja
- Pergi ke Bukit Kayu Hitam, untuk tiba di sana sekitar pukul 7:00 pagi, supaya sempat memohon surat pengesahan Konsulat pada pagi yang sama dan balik pada petang esoknya dengan surat itu.
- Kalau memandu ke Bukit Kayu Hitam, parking bermalam disediakan di Kompleks Bebas Cukai.
- Kami akan bawa dari Bukit Kayu Hitam ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau Majlis Agama Islam Yala (bagi wanita yang walinya tinggal kurang dari 2 marhalah dari MAIS) untuk akad nikah
- Bayar harga pakej kepada orang kami yang membawa ke Majlis Agama, setelah sampai ke Pejabat Agama, sebelum akad nikah berlangsung.
- MAIS/MAIY akan melantik wali am bagi mereka yang tidak membawa wali nasab.
- Selepas akad nikah, MAIS atau MAIY akan mengeluarkan surat nikah dan surat pengesahan nikah
- Sesudah itu, kami akan bawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Serahkan surat pengesahan nikah dari MAIS/MAIY kepada Konsulat.
- Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa ke sebuah restoran Islam di tepi pantai Songkhla untuk makan tengah hari
- Lepas makan, boleh bersiar-siar sekitar Songkhla atau kami akan hantar ke sebuah hotel di Hat Yai atau Danok.
- Keesokan harinya, kami akan jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia.
- Setelah dapat surat dari Konsulat, kami akan hantar semula pasangan ke Bukit Kayu Hitam atau lapangan terbang Hat Yai atau Bukit Kayu Hitam untuk perjalanan pulang ke Malaysia. Masa tiba di Bukit Kayu Hitam ialah sekitar pukul 5pm.
Bayaran untuk Pakej Dua Hari diatas ialah RM1,600 termasuk satu bilik hotel untuk satu malam.
Pilihan pakej lain ada di sini.
Pakaian untuk akad nikah hendaklah menutup aurat.
Pakej Tiga Hari Bekerja
- Pergi ke Bukit Kayu Hitam, untuk tiba di sana paling lewat pukul 12:30 tengahari, atau kami ambil dari airport Hat Yai atau hotel di Hat Yai paling lewat pukul 1:30pm waktu Thailand.
- Kami akan bawa ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau Majlis Agama Islam Yala (bagi wanita yang walinya tinggal kurang dari 2 marhalah dari MAIS) untuk akad nikah
- Bayar harga pakej kepada orang kami yang membawa ke Majlis Agama, setelah sampai ke Pejabat Agama, sebelum akad nikah berlangsung.
- MAIS/MAIY akan melantik wali am bagi mereka yang tidak membawa wali nasab.
- Selepas akad nikah, MAIS atau MAIY akan mengeluarkan surat nikah dan surat pengesahan nikah
- Sesudah itu, kami hantar ke hotel.
- Pagi hari kedua, kami akan bawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Serahkan surat pengesahan nikah dari MAIS/MAIY kepada Konsulat.
- Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa ke sebuah restoran Islam di tepi pantai Songkhla untuk makan tengah hari
- Lepas makan, boleh bersiar-siar sekitar Songkhla atau kami akan hantar balik ke hotel.
- Keesokan harinya, kami akan jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia.
- Setelah dapat surat dari Konsulat, kami akan hantar semula ke Bukit Kayu Hitam atau lapangan terbang Hat Yai untuk perjalanan pulang ke Malaysia. Masa tiba di Bukit Kayu Hitam ialah sekitar pukul 5pm.
Bayaran untuk Pakej Tiga Hari diatas ialah RM1,800 termasuk satu bilik hotel untuk dua malam.
Pilihan pakej lain ada di sini.
Pakaian untuk akad nikah hendaklah menutup aurat.